Alhamdulillah,
Hawi Al
Khairat telah selamat di iktirafkan oleh pihak Kerajaan
Malaysia sebagai PERTUBUHAN AMANAH HAWI AL KHAIRAT, MALAYSIA (HAK) pada 22
Disember
2011.
Detik bersejarah ini memberi peluang kepada HAK berusaha dengan lebih formal dan giat dalam usaha dakwah dan penyebaran ilmu islami
sejati bekerjasama dengan ulama', umara' dan masyarakat umum. InsyaAllah akan diperbaiki dan diperluasi situs ini dengan isian bermanfaat kepada umum. Sebagai pengenalan ringkas, HAK sekian lama, secara kecil-kecilan dan tidak rasmi berusaha mengembalikan kefahaman, amalan, ilmu serta cara hidup yang di amalkan oleh para salaf assaleh yang dahulunya membawa agama islam ke benua ini beratus tahun lalu. Cara hidup ini dipandukan olehlima tonggak iaitu ILMU, AMAL, IKHLAS, WARA’ dan KHAUFILLAH (atau Takut Terhadap ALLAH) mengikuti aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang berasaskan syariah mazhab Imam Shafi’e.
MAJLIS MAULIDURRASUL s.a.w. AKBAR
Sewajarnya,
HAK mengambil kesempatan menyambut bulan Rabi’-ul Awwal, bulan
yang dimuliakan
Allah s.w.t. dengan lahirnya Junjungan Besar, Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai makhluk
yang paling dicintaiNya, sebagai aktiviti rasmi
yang pertama.
HAK bergabung dengan pimpinan NGO Islam lain seperti Yayasan Sofa dari Negeri Sembilan dan Yayasan Al-Jenderami dari Selangor serta berkerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk melaksanakan satu MAJLIS MAULIDURRASUL s.a.w. AKBAR pada hari Sabtu 4 Februari 2012 bersamaan 11 Rabi’ul Awwal mulai jam 4:30 petang hingga 9:00 malam di Dewan Bawah Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor.
Buat pertamakalinya, akan dibacakan tiga dari belasan nukilan susunan Maulidurasul s.a.w. yang
akan dipersembahkan dalam satu majlis. Para Hadirin dan Hadirat bakal mengikuti bacaan setiap Maulid dari isikandung buku
yang akan diagihkan. HAK akan mulakan majlis ini sejurus selepas solat Asar dengan persembahan Maulid
Ad-Dhiya’-ul Lami’ diikuti dengan bacaan Maulid Simtud-Durror (Maulid
Al-Habshi) olehYayasan
Al-Jenderami. Selepas Maghrib, pihak Yayasan Sofa akan mempersembahkan Maulid Diba’ie. Setiap bacaan akan di isikan dengan alunan qasidah serta tausiah oleh Penasihat masing-masing.
Dengan rendah hati
HAK menjemput Jamaah bersama keluarga, sahabat dan sanak saudara bersama kami mera’ikan ulangtahun kelahiran Rasulullah s.a.w.
yang tercinta dalam satu majlis
yang dirahmati
Allah s.w.t. sekaligus mengambil bahagian dalam usaha rasmi
HAK yang pertama. InsyaAllah, dengan kehadiran masyarakat Islam bersama keluarga dan sanak saudara kurnia keberkatan
Allah s.w.t. bakal memanfaatkan semua, Amin Yaa Rabbal Alamin.
Sekian, wassalaam. 
|
|