111days until
Majlis Haul, Shah Alam

Pertanyaan

[Untitled]‎ > ‎

Amanah Hawi Al Khairat

Alhamdulillah, Hawi Al Khairat telah selamat di iktirafkan oleh pihak Kerajaan Malaysia sebagai PERTUBUHAN AMANAH HAWI  AL KHAIRAT, MALAYSIA  (HAK) pada 22 Disember 2011.

 

Detik bersejarah ini memberi peluang kepada HAK berusaha dengan lebih formal dan giat dalam usaha dakwah dan penyebaran ilmu islami sejati bekerjasama dengan  ulama', umara' dan masyarakat umum.  InsyaAllah akan diperbaiki dan diperluasi situs ini dengan isian bermanfaat kepada umum. 

 

Sebagai pengenalan ringkas, HAK sekian lama, secara kecil-kecilan dan tidak rasmi berusaha mengembalikan kefahaman, amalan, ilmu serta cara hidup yang di amalkan oleh para salaf assaleh yang dahulunya membawa agama islam ke benua ini beratus tahun lalu. Cara hidup ini dipandukan olehlima tonggak iaitu ILMU, AMAL, IKHLAS, WARA’ dan KHAUFILLAH (atau Takut Terhadap ALLAH) mengikuti aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang berasaskan syariah mazhab Imam Shafi’e.


PELUANG MENIMBA PULANGAN PELABURAN YANG KEKAL ABADI

 
 
  
 
PERKEMBANGAN WEBSITE AMANAH HAWI AL KHAIRAT (HAK)
 

Dengan perubahan yang sekian kini berjalan dalam usaha HAK, sewajarnya website ini disesuaikan dengan matlamat Amanah dan Pertubuhan.  Maka pihak kami sudah mengambil langkah merombak website ini yang bakal dipamerkan untuk Pengunjung yang budiman.  Usaha ini melibatkan penambahan ilmu dan makmumat yang bertujuan mamanfaatkan ummah; khususnya di Malaysia ini.  Oleh kerana kelengkapan website baru akan mangambil masa yang agak lama, halaman ini akan berterusan.

 

Diharap pihak Pengunjung bersabar dan InsyaAllah bakal mendapat manfaat dari usaha yang pihak kami sedang jalankan dimasa kini.

 

Sekian, wassalaam.