Biografi Habib Al-Jailana

 

Biografi Ringkas Al-Habib Umar Bin Hamid Bin Abdul Hadi Al-Jailani

Al-Habib Umar dilahirkan di kota Khuraibah di lembah Dau’an, Hadhramaut. Beliau mendapatkan didikan awalnya dari ayahandanya, Al-Habib Hamid dan beberapa tokoh dan ‘Ulama di kota Dau’an. Beliau kemudiannya bertugas sebagai pendidik di Madrasah Al-Jufri di kota Khuraibah.

Kemudian beliau berhijrah ke Arab Saudi, dengan lebih tepat lagi di Kota Mekah Al-Mukarramah. Di sana beliau bertemu dengan ramai ‘Ulama dan belajar daripada mereka. Antaranya ialah:

  • Sayyid ‘Alwi Bin Abbas Al-Maliki.
  • Sayyid Muhammad Amin Kutbi.
  • Sayyid Hasan Musyat.
  • Sayyid Ishaq ‘Azzuz.
  • Al-Habib Abdul Qadir Bin Ahmad As-Saqqaf.
  • Al-Habib Muhammad Bin Ahmad As-Syatiri.
  • Al-Habib Ahmad Bin Masyhur Al-Haddad.

dan ramai lagi dari para ‘Alim ‘Ulama kota Al-Haramain As-Syarifain pada ketika itu.

Al-Habib Umar Al-Jailani banyak mengadakan pengajian agama di rumahnya di kota Mekah Al-Mukarramah pada waktu siang dan malam. Beliau juga menjalankan sebuah majlis umum setiap hari Isnin pada setiap minggu. Beliau juga menyahut jemputan untuk menyampaikan ceramah di kebanyakan majlis.

Al-Habib Umar telah bermusafir ke banyak negara-negara Islam apabila mendapat undangan dari institusi-institusi di negara-negara tersebut dengan tujuan berdakwah di jalan Allah seperti Emiret Arab Bersatu, Turki, Indonesia, Nigeria, India, Bahrain dan banyak lagi negara-negara yang lain.

Selain itu, beliau juga bergerak aktif di kota-kota Arab Saudi dan Yaman untuk menyampaikan ceramahnya dan berdakwah di jalan Allah. Di samping itu, beliau juga menyandang jawatan Naib Pengerusi Lembaga Pengamanah Universiti Al-Ahqaf di Yaman.

Beliau telah memberi kata pendahuluan bagi banyak kitab antaranya:
- Biografi Al-Habib Ahmad Bin Masyhur Al-Haddad.
- Khulasah Al-Khabar, karangan Al-Habib Umar Bin ‘Alwi Al-Kaff.

Beliau telah dan masih mengarang beberapa penulisan. Sebahagiannya telah dicetak dan sebahagian lagi masih di dalam proses penulisan.
 

Awal

Tarikh Di Kemaskini 03/11/2008 15:26

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Hawi Al-Khairaat (HAK)
Email: hak@alhawi.net