PROGRAM DAN MAJLIS2
SEMPENA PERINGATAN KEWAFATAN IMAM
AL-HADDAD
YANG KE-300 TAHUN DI MALAYSIA
Tahun 2001 telah
dilangsungkan pertamakalinya secara umum dan rasmi Majlis Haul Imam-Al-Haddad
sebagai memperingati peninggalan beliau serta memperkenalkan taburan ilmu
bermanfaat dari tokoh ulama yang juga digelar Mujaddid (Penghidup Semula) Islam
pada abad yang ke-12 ini. Seterusnya
berkembang Majlis2 Haul ini yang secara tetap dilangsungkan pada bulan
Dhulqaedah setiap tahun sehingga sekarang yang mana dikelolakan dihampir setiap
negeri dimerata Malaysia. Semakin tambah para hadirin dan hadirat yang bersama kami dalam majlis-majlis ini. Yang ketara ialah penambahan hadirin dari luar negara yang secara tidak langsung mendapat berita tentang majlis2 tahunan ini bermotivasikan pengenalan, kecintaan dan manfaat yang dialami dari Imam Al-Haddad sendiri.
InsyaAllah
tahun ini, sejumlah 28 majlis-majlis Haul akan dekelolakan di bandar-bandar utama
di seluruh Malaysia mulai 29 September 2011 yang akan berakhir dengan Majlis
Haul kemuncak pada Sabtu 8 Oktober 2011 di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz
Shah di Shah Alam mulai jam 5 petang; dengan izin Allah s.w.t. Al-Allamah Al-Habib Abubakr bin Ali Almashoor seorang tokoh ilmu dari kota Aden di Yaman diundang
menyampaikan syarahan utama serta memberkati majlis kemuncak ini; selain dari
para ulama’ tempatan serata nusantara.
Seminar Perdana
Sempena Majlis2 Haul di sekitar negara, Seminar Perdana ini dilangsungkan di beberapa tempat pada siang harinya sebelum Majlis Haul bermula pada petang yang sama. Pada Majlis Haul Kemuncak hari Sabtu 8 Oktober 2011, akan dilangsungkan Seminar Perdana juga di Masjid Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam mulai jam 10:00 pagi.
Dalam program ini, ulama' jemputan dari dalam dan luar negara akan membentangkan kertaskerja dan syarahkan tajuk berkenaan judul "Imam Al-Haddad dan Pemikirannya". Pada sessi soal-jawab berikutnya, para hadirin dapat membuka peluang diskusi dengan membentangkan soalan atau kumusykilan yang bakal memanfaatkan umum.
Dawrah Bersama Al-Habib Zain bin Ibrahim bin Semait
Oleh kerana Al-Allaamah Habib Zain bin Ibrahim bin Semait dilanda keuzuran, maka Program Dawrah yang dirancangkan terpaksa ditangguh ke suatu masa hadapan.
Video Majlis Kemuncak Haul di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam