Jadual Majlis Haul

 

 
Semenjak peninggalan Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad hampir tiga ratus tahun yang lalu, cahaya ilmunya terus mengalir dan menyentuh kalbu sesiapa sahaja yang diberi taufiq oleh Allah s.w.t. untuk mempelajarinya. Fenomena in tertera dengan semakin banyak buku-buku karangan beliau digunakan dalam majlis ilmu di Malaysia serta di merata dunia. Dengan tujuan mengingati serta mencebis sedikit pengajaran dan barakah yang sekian lama ditaburi dan dimafaati oleh sebahagian umat Islam dimerata dunia, Tuan-Tuan dijemput hadir ke Majlis Haul beliau yang akan diadakan di Masjid Baitul Aman, Jalan Damai off Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 3 Disember 2005 bersamaan dengan 1 Dhulqaedah 1426 mulai jam 6:00 petang sepertimana aturcara dibawah.

Aturcara Majlis Haul:
Masa: Activiti
6:00 Qira'atul Qur'aan
6:10 Khatam Al-Quran serta Do’a Birrul Walidain
6:50 Pengenalan Al-Qutub
7:10 Salatul Maghrib
7:30 Ratib Alhaddad
7:50 Keberkesanan Ilmu yang Ikhlas
8:20 Ghasidah
8:30 Syarahan – Khauf wa Raja’
9:00 Ghasidah
9:10 Doa' Penutup
9:15 Salatul Isya'
9:30 Jamuan Makan
10:00 Pelancaran Album Ghasidah


Seterusnya, pada keesokan pagi Ahad akan diadakan Kuliah Subuh dimana akan disyarahkan sedikit dari ilmu yang tersebut di tempat yang sama.

Syarahan-syarahan akan dibentangkan oleh ulama’ jemputan tempatan serta yang khusus dari luar negara.

Semoga kita dilimpahi rahmat dan berkat daripada Allah s.w.t. serta mendapat manfaat daripada majlis-majlis yang mulia ini, InsyaAllah.


Hawi Al Khairat
Kuala Lumpur



 www.alhawi.net

Kebelakang Awal Seterusnya

Tarikh Di Kemaskini 14/11/2006 13:16

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Hawi Al-Khairaat (HAK)
Email: hak@alhawi.net