|
Majlis
Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi
Al-Haddad
Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat
Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba
ilmu ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah
bin Alawi Al-Haddad.
Huraian dari buku-buku beliau akan dihuraikan dalam Bahasa Malaysia.
Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di
Masjid Baitul
Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:
- Majlis Bacaan Ratib
Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat
Maghrib
-
Hari
Sabtu 17 Mei 2008 mulai Solat Maghrib
sehingga jam 9:30 malam huraian
buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
-
Hari Ahad 18 Mei 2008 mulai Solat Maghrib huraian
buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’
- Agar kita mengambil peluang
untuk menghadiri majlis diatas untuk pendoman perjalanan kita
ke akhirat.
Jadual ini akan diulangi pada minggu ketiga atau keempat setiap bulan dan akan
dimaklumkan pada majlis semasa.
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat
mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam masjid.
Semoga kami semua dapat manfaat dan diberkati Allah dengan usaha menimba ilmu
yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. serta RasulNya Muhammad s.a.w. Amin
|