|
Pertama
|
|
|
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim Maha suci Engkau ya
Allah; sungguh kami tiada memiliki ilmu kecuali yang telah Engkau ajarkan kepada
kami. Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Alhamdullilah. Segala
puji syukur bagi Allah, Tuhan Sang Pencipta semua makhluk, Yang menyeru
hamba-hambanya seraya mengkhususkan sebahagian dari mereka dengan hidayah dan
rahmah! Dan
semua itu bersesuaian dengan kehendakNya yang azali. :Sungguh kami telah
mewasiatkan kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada
kamu: Bertakwalah kepada Allah.(QS.4:131). Dan firman-Nya: Allah
menyeru (manusia) ke syurga Darus-Salam dan memimpin orang yang
dikehendakiNya kepada jalan yang lurus (QS.10:25.) Dan firman-Nya lagi:
Allah menentukan siapa yang dikehendaki-Nya, (untuk menerima) rahmayNya (yang
khusus) dan Allahlah Yang Maha mempunyai kurnia yang besar. (QS. 2:105). Salawat dan salam bagi
junjungan dan pemimpin besar kita: Nabi Muhammad Saw, juga bagi keluarganya
serta para sahabatnya, para pembela agama nan lurus. Amma badu:
Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh. Kepada saudaraku yang
mencintai dan mengharap, yang mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh, dan kepada
setiap saudara seiman yang saling mencintai kerana Allah, Tuhan semesta alam, di
mana saja keberadaannya, di penjuru Timur Bumi dan di Baratnya, di dataran dan
lautan, yang datar mahupun yang berbukit-bukit dan di semua daerah sekitarnya. Saudaraku yang tercinta, Anda telah meminta kepada
saya, agar menuliskan wasiat untuk anda, yang mudah-mudahan dapat membuat anda
merasa bahagia,dan dapat anda jadikan pegangan kuat dalam perjalanan hidup anda.
Untuk itulah saya akan berupaya memenuhi permintaan anda, sekalipun saya
sebetulnya bukan ahlinya. Namun keinginan anda untuk mengajukan permintaan ini,
demikian juga kesediaan saya utnuk memenuhi keinginan anda itu, semata-mata demi
mengikuti uswah hasanah (peneladanan yang baik) yang memperoleh petunjuk dan
para khalaf yang mengikuti mereka. Semoga Allah selalu meredhai mereka semuanya. Memang sudah semenjak
dahulu kala, tradisi saling mewasiati ini telah menjadi ciri khas dari akhlak
mereka. Dan Allah s.w.t telah melukiskan sifat mereka itu dalam Al-Quran yang
mulia, yang tiada datang kepadanya kebatilan, dari depan maupun dari belakangnya,
yang diturunkan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha terpuji. Sebagaimana
tercantum dalam kedua surah:Al-Balad dan Wal-Ashri. Maka terpeganglah
erat-erat dengannya dan mintalah petunjuk Allah dan pertolongan-Nya selalu. Takwa dan
Peringkat-Peringkatnya Ketahuilah, wahais
audaraku, bahawa yang paling layak di utamakan dalam berwasiat, adalah wasiat
tentang takwa kepada Allah Yang Maha Mulia dan Maha Bijaksana. Maka dengan ini,
sya berwasiat kepada anda dan kepada diri saya sendiri, serta kepada segenap
orang yang beriman dan kaum muslimin semuanya, agar bertakwa kepada Allah
Rabbul Alamin, kerana takwa merupakan sarana terpenting yang menghantarkan
kepada kebahagian dunia dan akhirat. Takwa pula merupakan asas pondasi pemerkuat
pilar-pilar aga,a. Kerananya, tanpa pondasi yang kukuh, sebuah bangunan akan
lebih cenderung mengalami kehancuran daripada kesempurnaan. Adapun takwa itu sendiri
terdiri atas beberapa tingkatan:Pertama, menjauhi segala perbuatan maksiat dan
segala yag diharamkan dalam agama. Yang demikian itu merupakan suatu kewajipan
yang tidak boleh tidak. Kedua, menjauhkan diri dari perkara-perkara yang shubhat
(yang meragukan, antara haram dan halal). Hal itu merupakan sikap kewaspadaan
yang akan melindungi pelakunya dari terjerumus ke dalam sesuatu yang haram.
Ketiga, menghindari hal-hal yang berlebihan dan tidak perlu, di antara yang
mubah (yang dibolehkan, tidak diperintahkan dan tidak pula dilarang agama) demi
memuaskan hawa nafsu semata-mata. Penghindaran diri seperti itu termasuk
kategori zuhud yang mendalam sepanjang pelaksanaannya disertai kerelaan
dan kepuasan hati sepenuhnya atau tazahhud (yakni zuhud tingkat bawah yang
dipaksakan) sepanjang pelaksanaannya masih disertai dengan perasaan enggan dan
berat hati, kerana terpaksa melawan hawa nafsu. Kerananya, barang siapa
meninggakan sesuatu kerana takut kepada manusia atau mengharapkan sesuatu yang
ada pada mereka, maka ia-pada hakikatnya- hanya bertakwa kepada mereka dan bukan
bertakwa kepada Allah. Sedangkan yang benar-benar bertakwa kepada Allah Swt,
adalah yang melakukannya kerana semata-mata mengharapkan keredhaan-Nya,
menginginkan pahala-Nya dan takut akan seksa-Nya. Dan barangsiapa telah
berdiri mantap dalam maqam ketakwaan, maka ia telah layak menerima ilmu yang
diwariskan (ilm-l-wiratsah). Itulah ilmu ladunni (al-ilm al-ladunniy)
yang dihunjamkan Allah Swt secara langsung ke dalam hati para wali-Nya. Ilmu
yang tidak tercantum dalam buku-buku, tidak tercakup dalam pengajaran yang
bagaimanapun. Ilmu seperti itu, diharamkan Allah atas orang-orang yang menghamba
kepada hawa nafsunya, yang telah diliputi kegelapan hati, yang hanya
mementingkan selera nafsu mereka, berkaitan dengan apa yang dimakan, dipakai dan
dinikahi. Ilmu ladunni seperti itulah yang diajarkan Allah Swt kepada
hamba-hamba-Nya yang khusus seperti diisyaratkan dalam firman-Nya:
Bertakwalah kamu kepada Allah, nescaya Allah akan mengajari kamu. Demikian
pula dalam sabda Rasullah Saw Dan
tentunya takkan mungkin bagi seorang hamba, menyiapkan dirinya guna dapat meraih
limpahan anugerah illahi yang demikian besarnya itu, tanpa sebelummnya melakukan
riyadhah (pelatihan mental dan pengendalian diir) yang intensif, dengan cara
memutuskan segala ajakan syahwat hawa nafsu, disertai dengan mengkonsentrasikan
diri kepada Allah secara terus menerus, dalam beribadat kepada-Nya secara ikhlas
dan murni semata-mata hanya untuk-Nya saja. Keharusan Menuntut Ilmu Saya berpesan selanjutnya hendaklah Anda selalu berusaha dengan sungguh-sungguh menuntut ilmu yang berguna, dengan cara membaca, menelaah buku-buku ataupun berdiskusi untuk mencapai hasil. Jangan sekali-kali meninggalkan upaya itu kerana malas atau bosan, atau pun kerana perasaan takut sekiranya anda nanti tidak mampu mengamalkan ilmu anda itu. Yang demikian itu merupakan kebodohan belaka. Dan
hendaklah anda dalam hal ini selalu membaikkan niat anda dan bermawas diri,
jangan segera berpuas hati dengan merasa telah cukup berhasil, sampai anda
benar-benar menguji diri anda sendiri. Selanjutnya, berupayalah sungguh-sungguh
untuk mengamalkan ilmu yang telah anda ketahui itu, serta mengajarkannya kepada
siapa yang belum mengetahuinya, baik anda diminta atau tidak. Dan apabila setan
membisikkan kepada anda: Janganlah mengajar sebelum kamu benar-benar
menjadi alim yang luas ilmunya, maka
katakan kepadanya: Kini aku apabila ditinjau dari apa yang telah kuketahui
adalah alim (seorang yang berilmu), dan kerananya wajib untuk
mengajarkannya kepada orang-orang lain. Sedangkan apabila ditinjau dari apa
yang belum kuketahui-maka aku kini seorang pelajar yang wajib belajar dan
menuntut ilmu. Ini tentunya berkenaan dengan ilmu yang wajib dipelajari.
Adapun selebihnya, tak apalah jika anda pelajari juga. Mengajarkan
ilmu merupakan amal ibadat yang besar pahalanya, sepanjang diiring dengan niat
baik yang dasarnya kerana Allah semata-mata bukan kerana sesuatu lainnya,
tanpa sedikit pun niat untuk meraih harta atau kedudukan. Hendaklah
anda, secara konsisten menelaah buku-buku para ulama terdahulu, terutama para
tokoh sufi dan memperhatikan apa yang ada didalamnya. Kerana di situ terhimpun
banyak petunjuk khusus tentang bagaimana mengenal Allah serta berbagai bimbingan
tentang cara-cara pembaikan niat, keikhlasan dalam beramal pendidikan jiwa dan
lain sebagainya. Semuanya itu adalah ilmu-ilmu sangat bermanfaat yang tentunya
akan menuntun kearah keberuntungan dan keselamatan. Dan
tiada yang enggan memperhatikan dan membaca buku-buku seperti itu, kecuali
orang-orang yang sudah buta mata hatinya atau gelap jiwanya. Walaupun demikian
sekiranya waktu anda sangat terbatas, tidak cukup untuk mengkaji buku-buku itu
secara keseluruhan, maka khususkanlah pengkajian anda pada buku-buku karangan
Imam Ghazali kerana itulah yang paling banyak manfaatnya, paling lengkap isinya
dan paling menarik susunan kata-katanya. Kehadiran Hati dan Kekhusyukan Anggota Tubuh Saya berpesan, hendaklah anda selalu menghadirkan diri dan mengkhusyukkan anggota badan di saat melakukan ibadah-ibadah anda. Dengan demikian anda akan meraih buah hasilnya dan tersinari oleh percikan cahayanya. Dan hendaklah anda selalu dalam keadaan siap untuk menerima pengawasan Allah atas segala gerak geri anda. Camlah selalu dalam hati anda bahwa Allah Swt. Adalah Maha cermat dalam pengamatan-Nya dan Maha dekat dengan diri anda. Upayakanlah
agar anda mampu menjadi penasihat bagi diri anda sendiri dan sekaligus pemberi
peringatan kepadanya. Ajaklah ia ke jalan Allah dengan Hikmah kebijaksanaan
serta nasihat yang baik. Berikan pengertian kepadanya bahwa pengabdian dan
ketaatan kepada Allah Swt. Akan membawa rasa kenikmatan abadi, serta kemulian
dan kekayaan yang besar. Sebaliknya, meninggalkan pengabdian dan ketaatan lalu
melakukan perbuatan maksiat, akan berakibat seksaan batin yang pedih dan
kehinaan yang besar. Nafsu manusia, kerana kebodohannya, tidak mahu melakukan
atau meninggalkan apa pun kecuali demi sesuatu yang diingininya ataupun yang
ditakutinya. Ini mengingat nafsu manusia memang bertabiat selalu malas melakukan
ketaatan dan sebaliknya cenderung melakukan pelanggaran. Saya
juga berpesan, hendaklah anda tidak mensia-siakan sedetik pun dari waktu-waktu
anda, bahkan setarikan nafas pun, kecuali yang akan membawa manfaat bagi diri
anda dalam kehidupan akhirat anda ataupun kehidupan dunia anda yang dapat
menolong anda di dalam kehidupan akhirat kelak. Menghilangkan Was-Was Setan Dari Dalam Hati Adakalanya muncul dalam hati manusia pelbagai was-was (bisikan jahat setan yang menimbulkan keraguan dalam hati), yang paling sulit diantaranya ialah menyangkut masalah akidah, demikian pula dalam pelbagai amalan peribadatan. Adapun
salah satu cara agar bisa terhindar dari was-was itu ialah, antara lain dengan
meneliti secara saksama:apabila was-was tersebut sudah jelas-jelas berkaitan
dengan kebatilan, seperti meragukan tentang eksistensi Allah dan hari akhirat,
maka tiada jalan lain baginya kecuali harus menolaknya dengan tegas, dengan
berpaling darinya dan memohon perlindungan Allah Swt. Secara tulus, seraya
memperbanyak zikir kepada-Nya. Akan
tetapi bilamana bisikan was-was itu masih dalam kerangka sesuatu yang
meragukan:apakah termasuk sesuatu yang haqq atau bathil, maka hendaklah meminta
fatwa tentang hukumnya kepada orang-orang yang berilmu dan beroleh
petunjuk;kemudian berpegang erat-erat dengan fatwa mereka dan mengandalkannya.
Adapun setiap perbuatan hati yang dilakukan tanpa adanya unsur kesengajaan, maka
kafarat (penebus)-nuya adalah dengan bersikap membencinya. Menjaga Lidah Saya
berpesan kepada anda agar berupaya sungguh-sungguh dalam menjaga llidah dari
ucapan sia-sia. Sebab, lidah adalah cermin isi hati. Kata seorang bijak:
Lidah itu bagaikan binatang buas, bila egkau mengurungnya, ia akan menjagamu.
Tetapi bila engkau melepaskannya, ia akan menerkammu. Oleh
sebab itu, usahakanlah menyibukkan lidah anda hanya dengan sesuatu yang memanng
termasuk urusan anda sendiri, misalnya dengan membaca Al-Quran, berzikir dan
menyeru manusai ke arah kebaikan. Jangan sekali-kali melibatkannya dalam hal-hal
bukan urusan anda. Iaitu ucapan-ucapan yang tidak anda harapkan pahalanya
apabila anda ucapkan, dan yang tidak pula anda khuatirkan akan terkena hukuman
apabila tidak anda ucapkan. Setiap ucapan menimbulkan konsekuensi antara lain
terjerumus dalam suatu tindakan terlarang atau menyia-yiakan waktu yang amat
berharga dalam hal-hal yang sama sekali tidak bermanfaat atau meningggalkan
bekas yang tidak menyenangkan di dalam hati. Jelasnya, setiap gerak yang
dilakukan atau kalimat yang diucapkan, pasti akan meninggalkan bekas didalam
hati. Jika hal itu merupakan bagian dari ketaatan kepada Allah Swt, nescaya akan
menimbulkan cahaya di dalamnya. Dan sekiranya hal itu merupakan sesuatu yang mubah
sekalipun (yang tidak dianjurkan dan tidak pula dilarang), maka kebanyakan dari
hal itu akan menimbulkan kekerasan hati. Apalagi jika hal itu merupakan sesuatu
yang terlarang, nescaya akan menimbulkan kegelapan. Selanjutnya
saya berpesan kepada anda agar menghindarkan lidah dan hati anda dari segala
perbuatan yang merugikan kaum Muslim secara
keseluruhan. Seperti, misalnya berprasangka buruk terhadap mereka.
Kerananya jangan sekali-kali bergaul dan duduk berbincang-bincang dengnan
orang-orang yang suka menggunjing atau menujukan cercaan terhadap kaum muslim. Dan
jika sampai ke pendengaranmu tentang suatu pebuatan buruk dari seseorang di
antara mereka (kaum muslim), sedangkan anda merasa mampu menasihatinya, maka
lakukanlah. Atau jika tidak jangan sekali-kali menyebutkan tentang
keburukannya itu di hadapan orang lain, sehingga dengan demikian anda telah
melakukan dua keburukan sekaligus: pertama dengan tidak memberinya nasihat; dan
kedua, mengucapkan sesuatu yang buruk berkenaan dengan peribadi seorang muslim. Berbangga Diri Selanjutnya,
saya berpesan hendaknya anda tidak merasa diri lebih baik dari orang lain.
Apabila perasaan seperti itu terlintas dalam hati anda, sedarilah betapa anda
sudah sering kali melakukan kesalahan-kesalahan di masa lalu. Bagaimanapun juga,
seorang yang berakal sihat pasti mengetahui bahawa dirinya sendiri sarat dengan
berbagai aib dan kesalahan. Maka hendaklah ia menyakini hal itu dan tidak
meragukannya sedikit pun. Dan tidaklah sepatutnya ia menuduh siapa pun dengan
keburukan yang belum tentu ada padanya. Sebab, kebanyakkan dari apa yang anda
ketahui dari saudara-saudara anda adalah berdasarkan persangkaan dan dugaan
semata-mata. Sedangkan persangkaan adalah ucapan-ucapan yang paling banyak
mengandung kebohongan (sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis-penerj.)
Disamping itu, mungkin saja terdapat alasan-alasan pemaafan berkaitan dengan
sebahagian keburukan yang diperkirakan seperti itu. Walaupun demikian, tidak
sepatutnya seseorang membuka pintu pemaafan bagi dirinya sendiri, mengingnat hal
itu akan membuat hati lebih cenderung kepada penyia-yiaan waktu dan terjerumus
lebih dalam lagi dalam lembah-lembah syahwat hawa nafsu. Sungguh,
betapa perlunya bagi setiap individu pada zaman ini untuk memberikan dalih-dalih
pemaafan serta alasan-alasan pembenaran bagi orang lain, mengingat langkahya
orang-orang yang benar-benar jujur dan istiqamah, di samping banyaknya
berita-berita bohong yang disebarluaskan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Menjauhkan Diri Dari Pergaulan Yang Tidak Sihat Sungguh
berbahagialah orang yang memisahkan diri dari masyarakat zaman ini, dan lebih
memilih menyibukkan dirinya bersama Tuhannya daripada melibatkan diri dalam
pergaulan dengan mereka dan segala keburukan mereka; dengan penuh ketabahan,
sampai datangnya keyakinan yang berupa pembukaan pintu hatinya ke arah
alam malakut yang tinggi-jika ia termasuk dalam kalangan khusus atau
sampai datang kepadanya keyakinan yang lain, yakni kematian, sebagaimana
diisyaratkan (dalam Al-Quran), baik ia tergolong di kalangan khusus ataupun awam. Oleh
sebab itu, saya berpesan kepada anda, jauhkanlah dirimu dari pergaulan dengan
siapa saja yang curigai keadaannya; jangan duduk-duduk besama mereka, atau
bercampur gaul dengan mereka. Kecuali dalam keadaan di mana anda sangat
memerlukannya. Itu pun dengan penuh kewaspadaan dan sikap hati-hati, demi
terhindarnya anda dari keburukan anda sendiri an terhindarnya anda dari
keburukan mereka. Demikian itulah hendaknya dasar niat anda ketika menjauhi
pergaulan dengan mereka itu. Maka
janganlah duduk bersama siapa pun kecuali mereka yang akan memberimu manfaat
dalam agamamu. Apabila hal seperti itu sulit terlaksana, maka larilah menjauh
dari mereka yang akan membawa petaka bagi agamu, sebagaimana anda lari jauh
menjauh dari binatang buas, bahkan labih dari itu. Kerana binatang buas hanya
akan melukai anggota tubuhmu, yang nantinya hanya akan menjadi mangsa ulat bumi,
sedangkan setan yang satu ini akan merosak kalbumu, yang dengannya anda mengenal
Tuhan dan agama anda, dan akan menghantarmu ke akhirat dengan selamat. Kewajipan Mengenali Dasar Hukum Allah dalam Segala Hal Saya
berpesan agar anda tidak melibatkan diri dalam suatu perkara apa pun yang belum
anda ketahuid asar hukum Allah tentangnya. Upayakanlah mencar kejelasan terlebih
dahulu mengenai ketetapan hukum Allah itu sebelum bertindak,s ehingga cukup
jelasa bagi anda, mana yang diredhai Allah mengenai tindakan anda itu, dan mana
yang ahrus anda tinggalkan. Dengan demikian, anda telah melakukan atau
meninggalkan suatu pekerjaan dengan kepastian dan niat yang baik adanya. Bersikap
Tawadhu (Rendah Hati)
Saya
juga berpesan agar anda selalu bersikap tawadhu (rendah hati). Sikap tawadhu
adalah sifat yang terpuji pada segala kondisi, kecuali dalam satu hal saja,
yaitu ber-tawadhu di hadapan para ahli dunia dengan tujuan ingin mendapatkan
sesuatu dari dunia mereka atau harta mereka. Sedangkan sifat takabur (angkuh
atau tinggi hati) adalah sifat yang amat tercela pada segala kondisi, kecuali
dalam hal mneghadapi orang-orang zalim yang terus menerus berbuat kezaliman.
Sikap yangd emikian itu demi menujukan teguran atau protes keras terhadap mereka,
asal saja keangkuhan seperti itu hanya tampak secara lahirian saja, sementara
hati kita kosong dari sifat keangkuhan seperti itu. Melakukan Kebajikan Terhadap Sesama Muslim Saya
berpesan hendaklah anda selalu meniatkan yang baik-baik saja bagi seluruh kaum
Muslim. Cintailah bagi mereka apa yang anda cintai bagi diri anda sendiri, dalam
urusan duniawi maupun ukhrawi dan tidak menyukai sesuatu yang menimpa mereka
sebagaimana anda tidak menyukai hal itu menimpa diri anda sendiri baik dalam
urusan duniawi maupun ukhrawi. Berdialoglah dengan mereka ucapan-ucapan yang
baik, tidak yang mengandung pelanggaran. Ucapkan salam kepada mereka kapan saja
bertemu. Bersikaplah selalu rendah hati, lemah lembut, penuh kasih sayang
terhadap mereka. Tunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada siapa-siapa yang
berperilaku baik, dan upayakanlah agar memaafkan siapa-siapa yang berperilaku
buruk. Dan berdoalah bagi mereka yang berdosa agar Allah Swt memberikan
kemudahan kepada mereka untuk segera bertaubat. Dan bagi mereka yang telah
berbuat kebaikan agar Allah Swt. Menganugerahkan sifat istiqamah, atau konsisten
dalam melakukan kebaikan-kebaikan sampai akhir hayat. Jangan
sekali-kali bersikap atau bergaya hidup meniru-niru kaum yang sombong dan angkuh,
baik dalam cara mereka berbicara, berbusana, berjalan, duduk dan sebagainya.
Kerana barangsiapa meniru tingkah laku dan kebiasaan suatu kaum, maka ia
termasuk golongan mereka juga, sekalipun ia sendiri tidak melakukan
perbuatan-perbuatan yang biasa mereka lakukan. Ini meliputi semua aspek
kehidupan, yang baik apalagi yang buruk. Membiasakan Diri Hidup Sederhana Saya
juga berpesan kepada anda, hendaklah selalu menngutamakan keserdehanaan dalam
pola kehidupan anda sehari-hari, baik yang berkenaan dengan makanan, busana
maupun rumah tempat tinggal anda. Semata-mata demi bersikap rendah hati (ber-tawadhu)
dalam agama, lebih mengutamakan akhirat dan sebagai manifestasi dari menjadikan
Nabi Muhammad Saw. Sebagai teladan utama. Ketahuilah
bahawa melaksanakan keserdahanaan dalam kehidupan duniawi merupakan titk pangkal
dari segala kebaikan. Dan tidaklah Allah Swt. Mengkhususkan seseorang dengan
sikap seperti itu, kecuali ia pasti mengkehendaki kemuliaan baginya dalam
kehidupan didunia maupun di akhirat. Dengan syarat, ia merasa ridha (puas hati)
sepenuhnya atas apa yang dianugerahkan Allah Swt. baginya, tidak tertarik kepada
keindahan duniawi yang ada di sekelilingnya dan tidak mengharap-harap diberikan
kepadanya apa yang diberikan oleh-Nya kepada para ahli dunia, agar ia dapat
merasakan kenikmatan duniawi seperti yang mereka rasakan. Berserah Diri dan Berikhlas Kepada Allah Saya
berpesa pula kepada anda, keluarkan setiap harapan ataupun kecemasan yang anda
rasakan dalam hati anda terhadap siapa pun di antara makhluk Allah. Sebab,
adanya perasaan seperti itu akan menjadi penghalang bagi anda untuk menegakkan
kebenaran dan jangan sekali-kali membiarkan rasa takut akan kemiskinan
menyelinap ke dalam hati anda kerana yang demikian itu merupakan seburuk-buruk
pendamping diri anda sendiri. Janganlah
pula memikirkan secara berlebihan segala yang berkaitan dengan perolehan rezeki.
Terlalu memikirkan hal seperti itu tidak ada dasarnya selain adanya keraguan
berkaitan dengan takdir Allah Swt. Apa saja keuntungan ataupun kerugian yang
telah ditakdirkan untuk anda pasti akan terlaksana ; dengan atau tanpa usaha
anda sendiri, sesuai dengan apa yang telah digoreskan oleh pena Allah dalam Al-Lauh
Al-Mahfuzh. Oleh sebab itu, apa gunanya bersikap berlebihan dalam memikirkan
sesuatu yang telah selesai urusannya, dan tentang hal itu hati anda telah
ditenangkan oleh Allah Swt dengan penjelasan dalam kitab-Nya bahawa ia telah
memberikan jaminan bagi anda (tentang rezeki yang disediakna bagi setiap
makhlukn-Nya) seraya bersumpah dengan diri-Nya sendiri. Oleh sebab itu,
pusatkanlah perhatian anda untuk melaksanakan hak Allah Swt. yang telah
diwajibkan pelaksanaannya atas diri anda. Kerana, sesungguhnya kebanyakan
manusia zaman sekarang menghadapi fitnah (ujian berat atau bencana),
berupa memikirkan secara berlebihan tentang rezeki. Hal itu merupakan hukuman
atas mereka akibat melalaikan pelaksanaan perintah-perintah Allah seraya
mengerjakan laran-larangan-Nya. Saya
juga berpesan, agar anda senantiasa bersikap lemah-lembut dalam setiap urusan,
mengutamakan keikhlasan dalam setiap amal dan kegiatan, meninggalkan
kesibukan-kesibukan yang menghalangi antara anda dan Allah Swt. terutama yang
berkenaan dengan harta dan keluarga. Berkonsentrasilah hanya dalam sesuatu yang
bermanfaat bagi kehidupan anda dalam kehidupan mendatang. Kembalilah kepada
Allah dan bertawakallah kepada-Nya dalam setiap keadaan; seraya meneladani
Rasullulah Saw. Dalam akhlak, ucapan dan perbuatan. Usahakanlah
sungguh-sungguh untuk membeningkan hatimu dan menyinarinya dengan tiga hal:
Pertama, dengan membaca Al-Quran dengan tartil dan tadabbur (yakni
menekuni tatacara pembacaannya dan merenungi maknanya). Kedua, dengan
ber-zikrullah dengan penuh adab dan kehadiran hati. Ketiga, dengan melakukan qiyamullail
(shalat malam) dengan hati luluh dan anggota tubuh yang khusyu. Ada
tiga hal yang perlu anda lakukan demi memudahkan terlaksananya letiga amalan di
atas.. Pertama, meringankan perut dengan hanya makan sedikit saja. Kedua,
memisahkan diri dari kelompok manusia yang lalai akan tuhannya. Ketiga,
membebaskan diri dari kesibukan dunia yang fana Mengerjakan Shalat Sunnah Witir dan Membaca Doa Sesudahnya Saya
berpesan pula, agar anda senantiasa mengerjakan shalat witir sebanyak sebelas
rakaat. Ucapkanlah doa sesudah selesai mengerjakannya dan sesudah membaca
beberapa teks tasbih dan doa yang telah diriwayatkan dari Nabi Muhammad saw,
yaitu sebanyak empat puluh kali: (Tiada
Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sungguh aku termasuk kaum yang zalim). Dan sesudah melakukan
shalat sunnat subuh, sebanyak empatpuluh kali: (Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Pengawas, tiada tuhan selain Engkau). Dan setelah itu, sebanyak
duapuluh tujuh kali; (Aku
memohon ampunan bagi orang-orang Mukmin & Mukminat). Mengerjakan
Shalat Sunnah Dhuhâ Biasakanlah
pula mengerjakan shalat sunnah dhuhâ secara rutin, sebanyak delapan
rakaat, dan irirngilah dengan bacaan sesudahnya, sebanyak empatpuluh kali: (Ya
Allah, ampunilah daku dan berikanlah taubat (atas segala dosa-ku). Sesungguhnya
Engkaulah Maha Pemberi Taubat lagi Maha Penyayang). Dan bacalah pula sesudah
shalat Zhuhur, sebanyak seratus kali: (Tiada
tuhan selain Allah, Sang Maha Diraja, Yang Maha Benar senyata-nyatanya). Demikian juga sesudah
shalat Asar, sebanyak duapuluh lima kali: (Aku
memohon ampunan Allah Yang Tiada Tuhan selain Dia; Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang; Yang Maha Hidup dan takkan tersentuh oleh kematian, dan aku bertaubat
kepada-Nya. Ya Allah ampunilah daku). Dan setelah shalat subuh
serta setiap selesai shalat lima fardhu, bacalah sebanyak tiga kali: (Maha
Suci Allah, dan puji syukur bagi-Nya, tiada daya dan tiada kekuatan kecuali
dengan perkenan-Nya, Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung; sebanyak bilangan
ciptaan-Nya, sebesar keredhaan-Nya, seberat Arsy-Nya dan sebanyak tinta yang
digunakan untuk menuliskan ciptaan-ciptaan-Nya) Setelah itu, bacalah juga
sebanyak tiga kali: (Maha
Suci Engkau Wahai Tuhanku, puji syukur bagi-Mu, aku bersaksi bahawa tiada tuhan
selain Engkau, dan aku memohon ampunan-Mu dan bertaubat kepada-Mu. Dan aku
memohon dari-Mu semoga engkau melimpahkan salawat dan salam atas hamba-Mu dan
utusan-Mu: junjungan kami Nabi Muhammad saw, keluarganya dan para sahabatnya). Saya
juga berpesan agar anda senantiasa membaca, pada setiap hari dan secara rutin,
beberapa zikir yang biasa dibaca pada pagi hari maupun sore hari. Teks-teks
semua itu dapat anda peroleh dalam berbagai buku yang memang memuat doa-doa dan
zikir-sikir seperti itu. Misalnya dan yang paling utama di antaranya adalah
kitab Al-Adzhar An-Nawawiyah. Sekiranya anda ingin melakukan hal tiu,
pilihlah di anatra doa-doa dan zikir-zikir yang tercantum di dalamnya, yang
paling sahih, paling afdal dan paling mencakup makna yang anda inginkan. Penutup
Sebagai penutup pesan-pesan ini, di bawah ini saya kutipkan dua ayat Al-Quran
yang mulia, serta dua hadis Nabi Saw. Serta beberapa atsar (peninggalan)
yang diriwayatkan dari as-salaf ash-shâleh (para tokoh terdahulu yang
baik-baik): Kedua
ayat tersebut adalah firman Allah Swt.: Hai orang-orang yang beriman,
bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apas aja yang
telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat). Dan bertakwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan. Dan janganlah
kamu menjadi seperti orang-orang yang lupa akan Allah, lalu Allah menjadikan
meraka lupa akan diri mereka sendiri. Sungguh mereka itulah orang-orang yang
fasik (QS. Al-Hasyr [59] : 18-19). Adapun
kedua sabda Rasulullah saw adalah: Tiga
perkara yag menyelamatkan: (1) takut kepada Allah dalam keadaan ghaib dan nyata,
(2) kalimat yang adil dalam keadaan ridha maupun marah, dan (3) bersikap
sederhana dalam keadaan kaya maupun miskin. Sedangkan tiga perkara yang
membinasakan adalah: (1) sifat kikir yang dipatuhi, (2) hawa nafsu yang diikuti,
dan (3) perasaan bangga pada diri sendiri. barang
siapa takut tertinggal, nescaya segera meneruskan perjalanan, dan barang siapa
meneruskan perjalanan, nescaya mencapai tempat tujuan. Ketahuilah, barang
dagangan Allah amat mahal harganya. Dan sungguh,barang dagangan Allah
adalah syurga! Dan
telah berkata Abubakar Ash-Shiddiq r.a. kepada Umar bin Khattab r.a. pada saat
menunjukkan sebagai penggantinya menjabat sebagai khalifah, Bertakwalah
Engkau wahai Umar, bilamana Engkau berkuasa atas manusia! Ketahuilah,
bahawasanya Allah Swt mewajibkan atas manusia: beberapa kewajipan yang harus
dikerjakan pada malam hari, yang takkan ia menerimanya apabila dikerjakan pada
siang hari. Dan juga mewajibkan beberapa kewajipan yang harus dikerjakan pada
siang hari, yang takkan ia menerimanya bilamana dikerjakan pada malam hari. Dan
bahawasanya ia takkan menerima suatu amalan yang bersifat sunnah (anjuran),
sampai amalan yang bersifat fardhu
telah ditunaikan sebelumnya. Adapun beratnya neraca timbangan manusia pada hari
kiamat kelak, bergantung pada seberapa jauh mereka mengikuti kebenaran ketika
masih hidup di dunia. Sedangkan ringannya neraca timbangan mereka pada hari
kiamat nanti bergantung pada seberapa jauh mereka telah mengikuti kebatilan
ketika masih hidup di dunia. Dan
telah berkata Ali bin Abi Thalib k.w. (karramallahu wajhah), Ada enam
perkara yang barang siapa mengamalkannya, tidak lagi perlu bersusah payah
mencari-cari syurga dan tidak perlu pula merasa cemas akan seksa api neraka: (1)
orang yang mengenal Allah lalu takut kepada-Nya. (2) orang yang mengenal setan
lalu menentangnya. (3) Orang yang mengenal kebenaran lalu mengikutinya. (4)
orang yang mengetahui kebatilan lalu menjauhkan diri darinya. (5) orang yang
mengenal kesenangan dunia lalu menolaknya. (6) orang yang mengenal akhirat lalu
mendarinya. Seseorang
bertanya kepada seorang dari kalangan salaf (tokoh terdahulu) : Bagaimana
jalan menuju Allah? Seandainya
anda mengenal Allah, tentu anda akan mengetahui jalan menuju kepada-Nya.
Jawab si tokoh yang ditanyai. Subhanallah! Bagaimana mungkin saya beribadat kepada sesuatu yang tidak saya kenal?. Bagaimana pula anda melakukan maksiat kepada yang telah anda kenal?. Seorang
saleh berkata kepada seorang sufi dari kalangan abdâl : Tunjukilah
aku suatu amalan, yang dengannya aku bisa menemukan hatiku bersama-sama Allah
selamanya. Jangan
melihat kepada manusia, kerana melihat mereka itu, menimbulkan kegelapan di
dalam hati. Aku
tidak bisa melakukan seperti itu. Kata orang itu. Kalau
begitu, jangan mendengarkan omongan mereka kerana mendengar omongan mereka
menyebabkan kekerasan hati. Aku
tidak kuasa melakukan seperti itu. Jangan
berurusan dengan mereka, kerana berurusan dengan mereka menimbulkan perasaan
keterasingan ( dari Allah). Bagaimana
mungkin aku mampu bersikap seperti itu, sedangkan aku berada di tengah-tengah
mereka. Janganlah
merasa senang dan nyaman berada di tengah-tengah mereka. Kalau
ini, mudah-mudahan saja aku mampu melakukannya. Wahai
engkau ini, memandang kepada orang-orang yang lalai, mendengar
perkataan-perkataan orang-orang
yang berbuat pelanggaran dan berurusan dengan orang-orang yang tak berguna, lalu
masih ingin hati anda bersama Allah selalu?! Muhammad
bin Kab Al-Qurazhi berkata: Tiga sifat, barang siapa menyandangnya,
sungguh telah sempurna imannya: apabila dalam keadaan redha, tidak
menyebabkannya terseret ke dalam kebatilan; apabila dalam keadaan marah, tidak
menyebabkannya keluar dari kebenaran; dan apabila memiliki kemampuan, tidak
menyebabkannya mengambil sesuatu yang bukan haknya. Ibrahim Bin Ad-Ham (rahimahullah) berkata: Para wali Allah selalu berpesan kepadaku apabila aku sedang bersama ahli dunia, hendaklah aku menasihati mereka dengan empat hal: Barang siapa banyak berbicara, tidak akan merasakan kelazatan beribadah. Barangsiapa banyak tidurnya, takkan menemukan keberkahan dalam usianya. Barang siapa mengharapkan keredhaan kebanyakkan manusia, jangan berharap akan memperoleh keredhaan Allah. Dan barang siapa banyak bicara tentang apa yang bukan urusannya sendiri atau menggunjingkan orang lain, takkan keluar dari dunia ini dalam keadaan menyandang keislaman. Seseorang
bertanya kepada Hâtim Al-Ashamm: Dari mana anda makan ?
Dari khazanah Allah, jawab Hâtim.
Apakah dilimpahkan atas anda roti dari langit ? tanya orang itu lagi. Seandainya
bumi ini bukan milik-Nya, pasti akan dilimpahkan-Nya dari langit. Anda
hanya pandai mengucapkan kata-kata! Bukankah
yang turun dari langit (yakni untuk para nabi) tidak lain adalah kata-kata juga? Ah,
aku tidak sanggup berdebat dengan anda, kata orang itu. Itu
kerana kebatilan tidak akan berjalan seiring dengan kebenaran. Telah
berkata Ibrahim Al-Khawwâs : Ilmu itu semuanya tercakup di dalamdua kalimat:
Jangan membebani diri untuk memperoleh sesuatu yang memang telah dijaminkan
sepenuhnya untuk anda (yakni rezeki), dan jangan mengabaikan apa yang telah
dituntut dari anda (yakni untuk dikerjakan). Sahl
bin Abdullah Ash-Shufi berkata: :Barangsiapa hatinya bersih dari kekeruhan,
penuh kearifan dengan pengalaman, dan telah sama baginya antara emas dan loyang,
nescaya tak lagi membutuhkan sesuatu apa pun dari manusia selainnya. Berkata
Sariyy As-Saqathi : Barangsiapa mengenal Allah, akan merasakan hidup (yang
sebenarnya).Barangsiapa mencintai dunia, akan kehilangan akal. Adapun orang yang
berakal, akan selalu berkelana siang dan malam tanpa ada guna. Berkata
Abu Sulaiman Al-Dârâni : Apabila nafsu manusia telah terbiasa menghindar
dari dosa-dosa, roh mereka akan berkelana di alam malakut yang tinggi,dan
kembali lagi kepada mereka dengan membawa berbagai hikmah yang indah-indah,
tanpa harus diajarkan kepadanya oleh ilmuwan mana pun. Berkata
Al-Junaid :Kami tidak memperoleh ilmu tasawuf dari kata si anu. Tapi kami
memperolehnya dari menahan lapar, meninggalkan dunia dan memutuskan hubugan
dengan apa yang hanya berupa kebiasaan dan kegemaran. Seseorang
dari kalangan sufi ditanya tentang apa itu tasawuf. Ia menjawab, Itu adalah
keluarnya seseorang dari setiap perilaku buruk, dan masuknya ia ke dalam setiap
perilaku yang baik. Syaikh AbdulKadir Al-Jailani (r.a) berkata : Barangsiapa benar-benar mengetahui apa yang dicari, ringanlah baginya segala pengorbanan. Kata
beliau lagi: Jadilah engkau, ketika bersama Al-Haqq (Allah
Swt), seolah-olah tidak ada seorang pun makhluk, dan jadilah, ketika
sedang bersama makhluk, seolah-olah engkau tak memiliki nafsu terhadap apa pun.
Kerana jika engkau bersama Al- Haqq seolah-olah tak ada seorang pun
makhluk, nescaya engkau akan menemukan dan mengenal dan dirimu pun
sirna (fana) dari segalanya. Dan jika engkau ketika bersama makhluk,
seolah-olah tak memiliki nafsu apa pun, nescaya dirimu akan menjadi penuh
keadilan dan ketakwaan dan terhindar dari segala beban. Syaikh Abu Al-Hasan Al-Syâdzili r.a. berkata: “Orang kecintaanku berpesan kepadaku: “Janganlah melangkahkan kedua kakimu kecuali ke tempat di mana kau harapkan dapat menjumpai pahala Allah di sana. Janganlah duduk di mana pun kecuali di suatu tempat di mana engkau akan merasa aman dari pengaruh maksiat kepada Allah. Dan janganlah bersahabat kecuali dengan seseorang yang bisa membimbingmu kepada Allah, atau kepada perintah Allah. Namun sungguh sedikit sekali orang semacam itu.”
Dan katanya lagi: “Barang siapa mengaku dirinya mengalami suatu hal (keadaan, kedudukan) bersama Allah, tapi tampak darinya salah satu di antara lima sifat tertentu, maka ia adalah pembohong besar, atau hilang akalnya. Kelima sifat itu adalah: (1) berpura-pura (bersikap riya’) ketika melaksanakan ketaatan kepada Allah; (2) melepaskan anggota-anggota tubuhnya terlibatd alam kemaksiatan kepada Allah; (3) serakah terhadap milik makhluk Allah yang lain; (4) gemar memfitnah dan mengumpat orang-orang yang taat kepada Allah; (5) tidak menaruh rasa hormat terhadap kaum Muslim sebagaimana diperintahkan Allah s.w.t.”
Syaikh Ahmad (yang dikenal dengan nama Syaikh Zarruq r.a.) berkata; “Pokok-pokok ‘jalan’ para sufi ada lima: (1) bertakwa kepada Allah dalam keadaan sendirian mahupun ketika bersama orang lain. (2) mengikuti sunnah Nabi Saw., dalam perkataan atau perbuatan. (3) berpaling dari manusia ketika datang maupun pergi. (4) rela dan lapang dada sepenuhnya, terhadap apa yang diberikan Allah,s edikit maupun banyak. (5) kembali kepada Allah, dalam keadaan suka dan duka.”
(Semoga Allah berkenan meredhai para tokoh itu semuanya, dan menjadikan saya dan kalian semua termasuk dari golongan mereka itu dengan kurnia-Nya, Amin!)
Alhamdulillah, puji syukur ke hadirat Allah Swt. yang telah memberikan petunjuk kepada kita. Sungguh, tiada kita akan beroleh petunjuk ,sekiranya Allah tidak berkenan memberikan petunjuk-Nya kepada kita. Telah datang utusan-utusan Tuhan kita dengan membawa kebenaran. Apa saja rahmat yang Allah bukakan pintunya untuk manusia, tak seorang pun mampu menahannya, dan apa saja yang Allah cegah, tak seorang pun sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Ketahuilah wahai saudaraku, bahwa semua yang telah saya wasiatkan kepada anda, telah pula saya wasiatkan kepada diri saya sendiri dan segenap rekan-rekan dan sahabat-sahabat saya khususnya, serta kepada siapa saja yang sampai kepadanya wasiat ini, di antara saudara-saudara kita kaum Muslimin pada umumnya.
Salawat Allah dan salam-Nya semoga tercurahkan atas Nabi kita Muhammas Saw. Beserta keluarga dan para sahabat beliau.
|
|
Tarikh Di Kemaskini 05/01/2002 15:38
|